Thursday, 28 April 2011

:: hAkO mArAh NiH!! ::

Sengal punyer GM!! 
bo***!! bah***!! 
 arghhhhhhhhhhhhhh!! 
Hako marah nih!!!

System keja hako down 15 mac 2011
ari nih 28 april 2011 jam 4.03pm
korang kire sendirik baper lame kondem!!!!

nih baru jap tadik 
GM baru ahpek tue tuh
call
suruh settle kan sume keja dr bln 3 sampai saat ini
and
system now masih lagik d perbaiki kat HQ tuh!!
baper lame sudah amik mase??????
and hako tak sure boleh sihat walafiat seperti dulu kala
atau masih dalam bilik rawatan ICU lagik!!

cer korang bagitahu hako
lagik 2 ari nak masok bln Mei
bulan baru
nak suruh hako settle kan keja yang tertangguh dekat 2 bln tuh
bo*** kew aper dier tuh??


budak baik kate : abis t'calar kredibiliti hako sbg "esarli budak baik" hurmm!! 

Saturday, 23 April 2011

:: bALIk UMaH MaK ::

Yes! 
tepat pukul 12.00 tengahari
tamat sudah khidmat untuk ari Sabtu
destinasi seterusnya
mahu memanjangkan langkah kaki ke umah mak..
Yeyy!


budak baik kate : jummmmm!

Friday, 22 April 2011

:: rEaKsI SyAiTaN kEtIkA mEmBaCa aL-QuRaN ::


Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
 4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Wallahualam..

budak baik kate : misi m'kojol kan setan.. 

Monday, 18 April 2011

:: tAg fRoM Ms.iEyZa ::

1.  Berikan sebanyak mungkin ciri2 pemberi tag ini yang anda tahu.
- seorang pempuan
- b'umur 26 thn
- menetap kat Sentul
- free hair
- keja gomen sbg PA
- muke chinese look
- mudah "tacing" 
- ank bongsu
- asal ganu
- besday 17 oct

2. Jika dalam bumi ini hanya boleh diduduki anda dan sahabat, siapa sahabat yg akan anda pilih???
- bespren sayerp
3. Apakah makanan yang ‘least’  andai nak makan andai terpaksa?
- yogurt, susu.. (euuiii)

4. Sms terakhir yang anda terima.
- RM0. Your SMS didn't reach 012******* as the phone is switched off. it'll be sent once the phone is swictched on. to stop these alerts, send STOP to 22021. (hak3) 

5. Iklan paling bes…….
- sume iklan PETRONAS best!

6. Upload gmbr anda dan sahabat anda paling chantek…


7. Hadiah paling murah pernah anda dapat
- key chain.. kot

8. Hadiah paling burok pernah anda dapat
- sume adiah sayerp anggap paling b'harga.. ^_^
9. Komen paling bangang tentang anda
- ko nih bukan nyer baik sangat. (ngee!)

10. 5 bnda menarik ttg pasangan hidup anda
- seorang suami yang baik
- seorang suami yang penyayang
- mata dan kening yang chantek
- tidak baran
- workerholic

11. Kenangan paling best bersama pasangan anda
- honeymoon bley? (keh3)

12. Kenal spice girls? ‘match’kan mereka dgn sahabat baik anda…
- tak kenal. kawan sayerp sume nyer b'pangai baik cam sayerp.. (ahahahaa)

13. Adiah yang paling anda teringin utk miliki?
- nak umah banglo boley? (miahahahhaa) 

budak baik kate : suke la ngan soklan nombot 13.. kih3

Friday, 15 April 2011

:: aLaSaN kEbIaSaAn MeReKa YaNg dEdAh aUrAt ::

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

sumber : diperolehi dr "mukabuku"

budak baik kate : bkn b'niat utk menyinggung sesiapa.. renung2kan dan slamat beramal..

Thursday, 14 April 2011

:: tAzKiRaH - SuAmI YaNg PeNgAsIh ::

Setiap isteri atau wanita amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti.

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

credit to : kisahtazkirah

budak baik kate : nak kasik en.suami bace lah! 


Tuesday, 12 April 2011

:: hApPy BiRtHdAy tO YoU ::

11 april 2011

Auwsome! 
Actually, semalam birthday en.hubby yang sangat sayerp sayangi.
tak tahu la, dier lupper atau sengaja buat-buat lupper
(kena menggunakan pengganti name "sayerp" di entri nih agar nampak seperti seorang  isteri mithali gitew) *wahahahahaa.. pitam*
malam tuh
kesian en.hubby 
sayerp tak benarkan dier tidur dulu sebelom jam 12.00 malam
kunun-kunun
nak jadik da 1st person yang wish birthday kat dier
*ahahaahhaaa*
jenuh dok mencari story supaya en.hubby tidak terus tidur
citer punyer citer punyer citer
tengok-tengok jam kat enset dah pukul 11.59pm
lagik 1 minit jerk lagik
*weeeee*
tetiba "alarm reminder" berbunyi
*tit tit tit* 
(kunun-kunun bunyi reminder taw)
"saper call tuh?" tanyer en.hubby
"hah!"
"cer la tengok sendiri"
*kasik enset kat dier*
oleh kerana dier dah separa nak tidur.. kan..
"tak nampak la" (tak boleh nak baca name pemanggil)
"tengok la elok-elok" sayerp kate
>
>
>
>

::reminder::
"birthday hubby sayang today!"
"30 tahun"

>
>
>
  *terus dier senyom*
and
sayerp pong terus jer say "happy birthday to him"
"okeh! dah boleh tidur"
"adiah nyer, tunggu gaji taw" *ehehe*
en.hubby say "thanks*
balik kerja petang tuh
semangat sayerp mencarik cake
1st time sambut bersama setelah b'gelar suami isteri
*hihihihi*

sumbangan dr pokcik google
pic cake seakan-akan yang sayerp beli semalam
tak sempat mahu take picture
sudah dikerumuni anak-anak buah beliau
 en.hubby kate kat budak baik : malu lah, dah tue-tue nak sambut birthday!

:: cErItA hArI AhAd ::

Hallu.. hallu..
Okeh tak nak citer panjang.. nak terus cerita agenda pada hari ahad yang baru sahaja berlepas pulaks. *wink*
pagi tuh, dalam kol 9 lebih kuar dari umah dah. macam biasa. asal nak bersosial jerk ngan rakan seperjuangan. *kih3* hako akan turun ke KL dengan menaiki train. nak drive? never! menyusahkan! memenatkan! *kate jerk la engko kurang arif dalam ilmu jalan raye kan senang wahai esarli* ngeee!
sambung. we olls ader "sepaku gathering" sepaku tuh haper? paku payong ker? paku-pakis? paku berkarat? yerks!(sepaku nih pada sesiapa yang belom tahu.. merupakan salah satu web untuk b'forum yer anak-anak). (type ajer sepaku di muka pokcik google itew maka terserlah lah sepaku web) *wink* hako dah berjanji ngan nicki, eiyza and liza nak berjumpa kat KL Sentral then same-same b'gerak ker Times Square dengan menaiki monorail. (tak mengapa kah hako mention name kam0-kam0 wahai sahabat? hihihihi) seperti biasa and menjadi kebiasaan nyer. hako sokmo jer la yang lambat! asal lambat jerk hako. asal hako jerk lambat! kawan-kawan jangan mara kat hako taw. salahkan umah hako naper la jauh sesangat! *muekekeke.. alasan semata-mata* 
nasib baik la mereka-mereka ini sangat sporting dan memahami. janji pukul 10 lebih dah nak kena ader kat KL Sentral. tapi hako sampai dalam pukul 11 lebih. aper kah?? *agagagaagaa* sangat tidak bagus untuk kesihatan
hah! sebelom tuh. nak citer sket pasal ke"batak"kan hako. ehehehe. actually, sejak gomen menyediakan "coach" kaler pinki khas untok wanita tuh. ahad lepas la baru hako b'peluang nak menaiki nyer. trima kaseh gomen! cer bayangkan. sudah kurun ker baper hako dah lame tak naik train? miahahahaa.
sambung lagik. biler dah jumpa rakan-rakan tok berjimba tuh. dah b'pelok ciom. muahhh!! muahhh! maka berjalan kaki lah kami 4 sekawan ker stesen monorail. bab nih lah, yang hako paling lemah sekali. kan best kalau dorang sediakan eskalator trus sampai. kan senang! *gilor per*
sebaik-baik sahaja kuar dari gerabak monorail. "snow!! snow!!" uiks saper kah yang memanggil-manggil beta tika ini? musti korang peliks kan. asal senow? bukan esarli? jawapan nyer "ader hako kesah?" ekekekekee. biler dalam forumers tuh, harus la kan ader name glamer. *hak3* "nickname" hako bukan snow wash yer, snowman pon bukan. dush! dush! harus la letak "snowhite" kunun-kunun pasan diri seorang puteri raja yang santek. kulit putih mulus gitew. wahahahahaha. *pitam*
toleh punyer toleh. cik dania rupe nyer. "cik" nih lah yang mengetuai anjuran gathering kali nih. hihihi. biler dah mmuahh! mmuahh! dier.. jeles agak nyer orang laki yerks. tak dapat mmuahh!! mmuahh! macam orang pempuan. *kih3* meneruskan perjalanan ker pusat bowling. betol kan? pusat? muahahahaa. activity wajib sepaku. *yeah* berjumpa lah kami bersama akak qaseh, akak ayu, akak lisa, kozumiro, dein dan yg lain-lain. *penat la nak listkan. jgn mara yerks* hiks!
macam biasa hako takder la hebat sangat. ke laut tuh always. *kah3* namun ader kemajuan sket disitu dimana rank hako naik sedikit ker 50+. berbanding sebelom-sebelom nih sekitar 40+ jerk. asik cannot go jerk! huh!
pas main-main. of course la main bowling yer. dun be noty to ur mind. *ngee* aktiviti makan-makan la pulaks. hako memang tak biasa gi Times Square. nak makan kat food court nyer pon membuatkan hako pening mahu memilih menu. sudah lah nak kena tukar dulu ala-ala credit card tuh! huh! melecehkan. sudah nyer hako carik nasi berlauk campur sahaja. sekurang-kurang nyer kelulusan "halal" itew dijamin. *insyaallah*
pas makan-makan. ader la perbincangan sedikit. macam best jerk kan gi cuti-cuti mesia tuh? klu hako single. hako "on" ajerk. tapi memandangkan sudah b'kahwin and en.hubby perlu b'kerja shif now. agak tersekat la jugak langkah kaki ku. untuk pengetahuan sume. en.hubby memang seorang yang tidak kisah and kalau time tuh mengizinkan insyaallah yer kawan-kawan. *muke bersinar-sinar*
jam 4 petang, bersurai la kami dengan kenangan yang sangat terkesan. *wah! gitew* hako sampai kat umah around kol 6 lebih. coz b"gosip" dulu bersama menemankan ieyza kat KL Sentral sementara menunggu "time" kakak dier balik. kang tiada saper pick up dier. cian taw. ambil gambar harus lah ader. kate havoc kan group nih. *hihi* so cekidout!





budak baik kate : sajer nak "test" en.hubby dat day. nampak nyer "lulus". boleh lah hako kuar bersosial lagik next time. he!

:: cErItA hArI SaBtU ::


al-kisahnya.
sabtu ari tuh lepas balik keja, seblum ke umah mak. wah panjang mukadimah.. hako bercadang la nak singgah sekejap kat carwash. motif mahu mencuci kereta la kan. takkan mahu membeli ikan kembong plaks. ades!
cuaca ari tuh agak redup. ini yang membuatkan jiwa hako memberontak mahu ke carwash. kalau panas terik memang takder makna nyer la nak singgah memaner. terus ajer ke destinasi nyer. in fact nyer, kereta hako dah boleh buat papan tulis. seingat hako dah dekat sebulan lebih tak dicuci. bayangkan lah sendiri kotoran degil nyer sudah berapa inci. isk! isk! isk!
 sambung balik citer. memang biasa la hantar kereta ke carwash berkenaan. indian punye. tapi kerja-kerja cucian dorang memang tip top! sempurna! perfect! luar dalam cuci kilat. *hek* 
sedang elok jer abis kerja-kerja sembur ayer, curah sabun dan menyental bagai. tiba la time mengelap and m'vacum. dushhhh!!! *ini bukan munyi gado yer kawan-kawan. ini munyi ujan.. ahahaha! * ujan turun membasahi bumi dengan lebat sekali. 
mamat2 indian tuh senyom jer pandang hako. senyum ada makna nooo. hako pon balas la senyom kambeng beliau. *ikhlas*. tapi dalam ati meronta-ronta ingin ujan berhenti cepat. sib baik la carwash tuh der bumbung. tringat kat katil, tilam, bantal.. *wuwuwuwuwwwuu..* 
dalam setengah jam rasa nyer, settle la sume-sume. time tuh ujan mulai reda tp still turun lagi. nak jerk hako cakap kat mamat indian tuh “sayerp tumpang parking lur sampai ujan b'henti boley tak?” *agagagagaaaa* kunun sayang nak lenjan ujan-ujan coz nak cuci nyer sebulan sekali pon payah. 
the end nyer, hako ulur kat dorang cuppon carwash 5x cuci, pree 1x tuh sambil senyom. At least takder la rasa rugi sangat cuci keta time ujan kan.. kan.. *hik3* 
dalam renyai-renyai tuh, hako redah jugak la. bawak pelan giler. 40km/j ala-ala pestime gi driving school dulu. Sebenor nyer, risau kut-kut der lopak kew kat jalan raye. Comot la keta hako. Nasib baik umah mak ngan carwash dalam 10 minit. tuh pon sebab der trafic light. elok jer hako corner nak masok simpang umah mak. uiks tak ujan suda. *lega*
sampai umah mak. tak "pin-pin" (hon) pon. mak adek-adek hako dah senyum simpol depan pintu. windu hako lah tuh. ahaks!
mak baru jer cakap kat alang, anje (adek-adek hako) "angah kalau balik, dapat la merasa makan" tak sampai 5 minit. Aku dah terpacak sampai kat umah bonda. Macam der instinct jerk kan hako? *hek*. 
guest what? mak hako masak nasi impit, rendang ayam, kuah lodeh, sambal kacang. Rase cam raye jer. Mak ko hado? Muahahahahaaa.. balik tuh tak nyempat-nyempat duduk, hako trus ke dapor dan melantak makan dengan lahap sopan-santun nyer. Fuhhh! very da sedap. *Nyumi-nyumi*
sebelum nak b’gerak balik ke umah. mak berpesan “bungkuskan nasi impit sket tok azri (en.hubby) a.k.a menantu kesayangan nyer. “baik mak!” kata hako. Hako memang suka bab bungkus-membungkus nih. Asal balik umah mak jerk musti der jer makanan yang ditapaw same. Motif? Tak payah la nak masak kat umah lagi. Hihihihihi! 
 budak baik kate : Begitew la bonda hako. sangat baik, sangat penyayang. Abah pon same. Owh tetiba windu mereka.. 





Monday, 11 April 2011

:: UsTaZ BoLeH TaK KaLaU DiSyUrGa nAnTi, sAyA tAk nAk sUaMi SaYa aDa BiDaDaRi? ::

Assalamualaikum wbr..

*Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti,saya tak nak suami saya ada
bidadari ?
 
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.
Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
'bidadari', aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab
cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata
memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata
suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu
mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai
aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar
kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah
adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat
terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya.
Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul
Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi
mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak
tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh
tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati..
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
.cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan
Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat
dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah
selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian
(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan
yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
.dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat
di rumah' saja..
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabur.

sumber : di perolehi dr email.


budak baik kate : semoga kita semua dapat menjadi Ketua Bidadari buat suami di syurga nanti..